30.6.09

Permandangan dari luar Masjid Qiblatan.

Di hadapan pintu masuk Masjid Qiblatan bersama Atok selepas selesai solat .

Masjid Qiblatan ini biasanya dikenali sebagai masjid dua qiblat. Pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan menghadap ke arah Baitul Muqaddis.


Sejarahnya..

Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijraj, ketika Rasullulah s.a.w. mengerjakan solat zuhurnya di masjid kampung Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bemaksud : " Sesungguhnya kami sering melihat wajahmu mengadah langit, maka sungguh kami memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai " . Palingkanlah wajahmu ke arah MAsjid Al - Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu kearahnya " ( Al-Baqarah : 144 )

Sewaktu mengerjakan solat zuhur itu, mula-mula Rasullulah s.a.w. mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa, tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara, kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjid Al Haram. Dengan kejadian inilah akhirnya masjid ini di beri nama masjid Al-Qiblatain, yang bererti Masjid Dua Kiblat.



Sebenarnya aku terkilan sangat-sangat tak dapat nak bergambar di Masjid Quba', kerana pada ketika itu beg galas aku pada Atok Ngah, dia sudah awal solat..oleh kerana orang ramai, maka atok ngah memegang beg aku dan terus bawak naik bas.
Masjid Quba ini adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w dan ia disebut didalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa.
Keistimewaan masjid ini yang diceritakan oleh ustaz Nor, ustaz yang mengiringi rombongan aku.
Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasullulah s.a.w. sendiri ; " Barang siapa telah berwudhu di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah "

MEMORI

Ini aku dengan Kak Uda, permandangan belakang tu adalah Masjid An-Nabawi.


ABADINYA KENANGAN

Kanan hujung sekali, bertelekung corak bunga hitam..itu lah aku..gambar ni aku ambil semasa lepas solat subuh di luar masjid An-Nabawi..cuaca sedikit sejuk , nyaman aku rasa. Bagi aku betapa indahnya masjid ini...benar-benar indah di dalam dan di luarnya..seperti yang aku katakan, sayang sekali camera & hanphone tidak boleh bawak masuk..jika tidak pasti banyak gambar yang aku ambil untuk aku abadikan sebagai kenangan.

Ingin berkongsi sedikit pengalaman aku sepajang berada di sini..sewktu aku membaca Al-Quran..aku benar-benar sebak.kerana di rumah aku akui..selepas solat jarang aku membacanya kecuali pada hari Khamis malam Jumaat..aku membaca Yassin sahaja. Itu pun tengok pada kesempatan yang aku ada. Tanpa aku sedari ..air mata aku jatuh membasahi naskah Quran tersebut..sebelah aku adala seorang jemaah berbangsa Yamen.. aku lihat dari tag nama yang tergantung di lehernya..dia meghulurkan aku tisu dan mengusap lembut belakang aku..dia bercakap sesuatu tapi sepatah pun aku tak faham. lain benar bahasanya..aku hanya senyum kemudian aku teruskan bacaan aku..

29.6.09

ZIARAH KE MADINAH

Permandangan luar Masjid An-Nabawi pada waktu subuh. sangat Indah dimataku. Hanya ini yang dapat aku ambil, kerana camera dan hanphone dilarang dibawak masuk kedalam masjid.

Masjid An-Nabawi asalnya telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari mempunyai kelebihan-kelebihan melakukan ibadat di dalamnya, ia juga mempunyai kawasan yang dinamakan Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. bersama makam dua orang sahabatnya ; Abu Bakar & Umar r.a.
Raudhah..suatu tempat di dalam masjid Nabawi yang dibatasi dengan tiang-tiang putih, ia dianggap sebagai suatu tempat yang mulia, pernah disifatkan oleh Nabi sebagai sebuag kebun di antara kebun-kebun Syurga.
Aku juga tidak melepaskan peluang menziarahi Nabi s.a.w dan menyampaikan salam daripada kedua ibu bapa aku, hasben aku dan daripada kawan-kawan aku kepada banginda..Memang aku sebak..sepanjang berada di sini aku tidak mahu melepaskan untuk melakukan solat 40 waktu masjid ini..kebetulannya Madinah hotel hanya terletak dibelakang masjid ini, hanya mengambil 10 minit aku berjalan kaki.
Setiap kali masuk waktu solat..kedegaran azan kuat menusuk telinga dan jantung aku..selalunya sebelum masuk waktu dalam 15 minti aku dah berada dalam masjid, aku membaca Quran terlebih dahulu, kemudian aku solat taubat dan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Maha Besar Allah..sepajang berada di sini, aku boleh di katakan tidak satu waktu pun meninggalkan solat...damai hati aku...

Sebenarnya date pada gambar tu tak betul, kebetulan kemera aku sebelum bertolak, di pijam oleh adik aku, agaknya dia godek-2 set date ..itu yang lari..puas aku membetulkannya..

INDAHNYA !



kenal tak dengan orang yang kat sebelah aku tu ?..ha tu lah Farhan..masa tu aku menghadiri ' majlis Khatam Al-Quran Puteri UMNO Malaysia..tak silan tahun 2006 macam tu le...masa tengah tunggu waktu nak berbuka puasa tu..bersembang la kita orang.. ok si farhan ni..hitam manis orangnya..lawa bagi aku..tak sombong dia ni...paling aku suka dia ni..senyuman dia tu...


Ini pula aku bersama Mantan Ketua Puteri Johor ( sebelah kiri ) ketika itu dia juga Ketua Puteri Bahagian sembrong..sebelah kanan aku tu Isteri Pegawai Daerah Muar..aku lupa le plak namanya..gambar ni di ambil ketika " Jamuan Hari Raya UMNO Bhg. Muar Bersama YAB. Dato' Menteri Besar Johor " tak silap ni tahun 2005 ...


Ha..jangan tak kenal lak yang baju hitam tu ..tak payah cakap pun orang dah kenal..tak apa lah aku kenalkan gak..Dato' Azalina Othman Said..pada waktu itu dia sebagai Menteri Belia & sukan M'sia..yang tengah tu..adalah salah seorang AJK puteri Bahagian aku..suhaila namanya..masa ni majlis khatam Quran Puteri UMNO Negeri Johor di kediaman Rasmi YAB. Dato' Menteri Besar Johor. Aku dah lupa dah tahun bila..tapi rasanya macam tahun 2007..




5 dara pingitan..masa ni aku dengan they all kat majlis khatam Quran Puteri UMNO M'sia..sebelah kiri sekali Kak Shahanim, Kak Azizah, kak Nordiana , Aileen dan aku yang hujung sebelah kanan sekali.. masa tu mereka adalah exco Puteri UMNO M'sia.





4 dara pinggitan..sebelah kiri tu Nor Ketua Puteri Bhg. Ayer Hitam..sebelah dia tu aku le..yang kanan aku tu..Aileen.. Ketua Puteri Bhg. Pt. Sulong..yang kanan sekali..Che Da.. Ketua Puteri Bhg. Sri Gading.. kita orang semua dari Johor. tengah tunggu waktu nak berbuka..lepas majlis khatam Quran di Kediaman rasmi Menteri Besar Johor..tak silap aku ni tahun 2007..


Ketika itu, aku sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Muar. Banyak program yang telah aku hadiri. .kesempatan yang terluang aku gunakan untuk mengambil gambar bersama teman-teman..walau pun kini aku tidak lagi menjadi Ketua Puteri UMNO bahagian, mereka tetap sentiasa di hati aku..alam politik ni..banyak mengajar aku erti kematangan dalam kehidupan, mengajar aku bagaimana untuk membuat keputusan, mengajar aku menjadi seorang yang mempunyai semangat tinggi cintakan parti , tanah air ku, mengajar aku menghargai teman-teman sekeliling ku..mengajar aku juga agar sentiasa tenang dan sabar ..

Semua orang tahu..dunia politik banyak cabaran, dugaan , terkadang tanpa kita duga pelbagai dugaan datang. Sesuatu yang paling BERHARGA aku pelajari dalam politik ini ialah KESABARAN, KEJUJURAN, SEMANGAT SETIAKAWAN,..sehingga hari ini aku masih bersama mereka, meski pun tidak memegang jawatan penting ..bagi aku bukan kerana jawatan..jika kita ikhlas dalam perjuangan..tidak kira di mana kita..laksanakanlah..




Ha..ni gambar aku dengan Abang Azhar Sulaiman & Dato' Noraini Ahmad..gambar ni di ambil semasa aku menyelaras Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam Tahun 2007 Johor. Kak Ani..panggilan mesra semua ahli-ahli puteri UMNO ..dia yang bawak abang Azhar Sulaiman..he he..sebagai tarikan agar biar semua ahli-ahli puyeri hadir ke persidangan.....

Kenangan Itu Memang Indah

Kata orang kenangan itu indah..bagi aku memang indah. tak kira lah kenangan tu menyakitkan hati atau menyedapkan hati..bagi aku ianya tetap indah. seribu nostalgia yang sukar untuk aku gambarkan, untuk aku katakan..

Apa yang aku paparkan dalam blog " DUNIA KU " ini hanya sebahagian koleksi gambar-gambar yang aku ada. Sebenarnya banyak gambar-gambar aku, tapi al-maklumlah..dulu-dulu mana ada camera digital..semua pakai film..so..simpan album aje lah...

28.6.09

Family Aku


Ini family aku..masa raya gambar ni..dah lama dah.. dalam gambar ni hanya adik aku yang ketiga aje tak de..dia tak dapat cuti..kena kerja..kesian...

My Sweat Heart

Ini lak aku dengan anak aku..posing kat depan " The Salvation Army Booth Lodge Hongkong ..masa di China tak banyak gambar yang aku ambil kerana cuaca sejuk memaksa we all dan family lain duduk dalam hotel aje...kat Hongkong ok sikit lah..tapi sejuk gak

Masa tu nak g makan, tengah tunggu family yang lain..so posing le kejap..sebenarnya aku gemar juga ambik gambar ni..anak aku pun..kalau di berikan camera di gital pada dia..jawapnya..macam-macamm gambar yang ada. letih tangan aku mendelatenya...


BUAH HATI KU

Inilah buah hati ku...anak dan hasben aku...si kecil aku namanya Muhammad Aiman Najmi..gambar ni di ambil semasa we all bercuti ke Hong Kong pada January 2008. Cuaca pada masa tu sejuk...