29.6.09

INDAHNYA !



kenal tak dengan orang yang kat sebelah aku tu ?..ha tu lah Farhan..masa tu aku menghadiri ' majlis Khatam Al-Quran Puteri UMNO Malaysia..tak silan tahun 2006 macam tu le...masa tengah tunggu waktu nak berbuka puasa tu..bersembang la kita orang.. ok si farhan ni..hitam manis orangnya..lawa bagi aku..tak sombong dia ni...paling aku suka dia ni..senyuman dia tu...


Ini pula aku bersama Mantan Ketua Puteri Johor ( sebelah kiri ) ketika itu dia juga Ketua Puteri Bahagian sembrong..sebelah kanan aku tu Isteri Pegawai Daerah Muar..aku lupa le plak namanya..gambar ni di ambil ketika " Jamuan Hari Raya UMNO Bhg. Muar Bersama YAB. Dato' Menteri Besar Johor " tak silap ni tahun 2005 ...


Ha..jangan tak kenal lak yang baju hitam tu ..tak payah cakap pun orang dah kenal..tak apa lah aku kenalkan gak..Dato' Azalina Othman Said..pada waktu itu dia sebagai Menteri Belia & sukan M'sia..yang tengah tu..adalah salah seorang AJK puteri Bahagian aku..suhaila namanya..masa ni majlis khatam Quran Puteri UMNO Negeri Johor di kediaman Rasmi YAB. Dato' Menteri Besar Johor. Aku dah lupa dah tahun bila..tapi rasanya macam tahun 2007..




5 dara pingitan..masa ni aku dengan they all kat majlis khatam Quran Puteri UMNO M'sia..sebelah kiri sekali Kak Shahanim, Kak Azizah, kak Nordiana , Aileen dan aku yang hujung sebelah kanan sekali.. masa tu mereka adalah exco Puteri UMNO M'sia.





4 dara pinggitan..sebelah kiri tu Nor Ketua Puteri Bhg. Ayer Hitam..sebelah dia tu aku le..yang kanan aku tu..Aileen.. Ketua Puteri Bhg. Pt. Sulong..yang kanan sekali..Che Da.. Ketua Puteri Bhg. Sri Gading.. kita orang semua dari Johor. tengah tunggu waktu nak berbuka..lepas majlis khatam Quran di Kediaman rasmi Menteri Besar Johor..tak silap aku ni tahun 2007..


Ketika itu, aku sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Muar. Banyak program yang telah aku hadiri. .kesempatan yang terluang aku gunakan untuk mengambil gambar bersama teman-teman..walau pun kini aku tidak lagi menjadi Ketua Puteri UMNO bahagian, mereka tetap sentiasa di hati aku..alam politik ni..banyak mengajar aku erti kematangan dalam kehidupan, mengajar aku bagaimana untuk membuat keputusan, mengajar aku menjadi seorang yang mempunyai semangat tinggi cintakan parti , tanah air ku, mengajar aku menghargai teman-teman sekeliling ku..mengajar aku juga agar sentiasa tenang dan sabar ..

Semua orang tahu..dunia politik banyak cabaran, dugaan , terkadang tanpa kita duga pelbagai dugaan datang. Sesuatu yang paling BERHARGA aku pelajari dalam politik ini ialah KESABARAN, KEJUJURAN, SEMANGAT SETIAKAWAN,..sehingga hari ini aku masih bersama mereka, meski pun tidak memegang jawatan penting ..bagi aku bukan kerana jawatan..jika kita ikhlas dalam perjuangan..tidak kira di mana kita..laksanakanlah..