29.6.09

ZIARAH KE MADINAH

Permandangan luar Masjid An-Nabawi pada waktu subuh. sangat Indah dimataku. Hanya ini yang dapat aku ambil, kerana camera dan hanphone dilarang dibawak masuk kedalam masjid.

Masjid An-Nabawi asalnya telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari mempunyai kelebihan-kelebihan melakukan ibadat di dalamnya, ia juga mempunyai kawasan yang dinamakan Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. bersama makam dua orang sahabatnya ; Abu Bakar & Umar r.a.
Raudhah..suatu tempat di dalam masjid Nabawi yang dibatasi dengan tiang-tiang putih, ia dianggap sebagai suatu tempat yang mulia, pernah disifatkan oleh Nabi sebagai sebuag kebun di antara kebun-kebun Syurga.
Aku juga tidak melepaskan peluang menziarahi Nabi s.a.w dan menyampaikan salam daripada kedua ibu bapa aku, hasben aku dan daripada kawan-kawan aku kepada banginda..Memang aku sebak..sepanjang berada di sini aku tidak mahu melepaskan untuk melakukan solat 40 waktu masjid ini..kebetulannya Madinah hotel hanya terletak dibelakang masjid ini, hanya mengambil 10 minit aku berjalan kaki.
Setiap kali masuk waktu solat..kedegaran azan kuat menusuk telinga dan jantung aku..selalunya sebelum masuk waktu dalam 15 minti aku dah berada dalam masjid, aku membaca Quran terlebih dahulu, kemudian aku solat taubat dan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Maha Besar Allah..sepajang berada di sini, aku boleh di katakan tidak satu waktu pun meninggalkan solat...damai hati aku...

Sebenarnya date pada gambar tu tak betul, kebetulan kemera aku sebelum bertolak, di pijam oleh adik aku, agaknya dia godek-2 set date ..itu yang lari..puas aku membetulkannya..