30.6.09

ABADINYA KENANGAN

Kanan hujung sekali, bertelekung corak bunga hitam..itu lah aku..gambar ni aku ambil semasa lepas solat subuh di luar masjid An-Nabawi..cuaca sedikit sejuk , nyaman aku rasa. Bagi aku betapa indahnya masjid ini...benar-benar indah di dalam dan di luarnya..seperti yang aku katakan, sayang sekali camera & hanphone tidak boleh bawak masuk..jika tidak pasti banyak gambar yang aku ambil untuk aku abadikan sebagai kenangan.

Ingin berkongsi sedikit pengalaman aku sepajang berada di sini..sewktu aku membaca Al-Quran..aku benar-benar sebak.kerana di rumah aku akui..selepas solat jarang aku membacanya kecuali pada hari Khamis malam Jumaat..aku membaca Yassin sahaja. Itu pun tengok pada kesempatan yang aku ada. Tanpa aku sedari ..air mata aku jatuh membasahi naskah Quran tersebut..sebelah aku adala seorang jemaah berbangsa Yamen.. aku lihat dari tag nama yang tergantung di lehernya..dia meghulurkan aku tisu dan mengusap lembut belakang aku..dia bercakap sesuatu tapi sepatah pun aku tak faham. lain benar bahasanya..aku hanya senyum kemudian aku teruskan bacaan aku..