30.6.09

Permandangan dari luar Masjid Qiblatan.

Di hadapan pintu masuk Masjid Qiblatan bersama Atok selepas selesai solat .

Masjid Qiblatan ini biasanya dikenali sebagai masjid dua qiblat. Pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan menghadap ke arah Baitul Muqaddis.


Sejarahnya..

Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijraj, ketika Rasullulah s.a.w. mengerjakan solat zuhurnya di masjid kampung Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bemaksud : " Sesungguhnya kami sering melihat wajahmu mengadah langit, maka sungguh kami memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai " . Palingkanlah wajahmu ke arah MAsjid Al - Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu kearahnya " ( Al-Baqarah : 144 )

Sewaktu mengerjakan solat zuhur itu, mula-mula Rasullulah s.a.w. mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa, tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara, kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjid Al Haram. Dengan kejadian inilah akhirnya masjid ini di beri nama masjid Al-Qiblatain, yang bererti Masjid Dua Kiblat.



Sebenarnya aku terkilan sangat-sangat tak dapat nak bergambar di Masjid Quba', kerana pada ketika itu beg galas aku pada Atok Ngah, dia sudah awal solat..oleh kerana orang ramai, maka atok ngah memegang beg aku dan terus bawak naik bas.
Masjid Quba ini adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w dan ia disebut didalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa.
Keistimewaan masjid ini yang diceritakan oleh ustaz Nor, ustaz yang mengiringi rombongan aku.
Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasullulah s.a.w. sendiri ; " Barang siapa telah berwudhu di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah "